Sunday 5 October 2014

kertas kerja program kitar semula











 



SEKOLAH KEBANGSAAN GADONG JAYA, LABU

 

KERTAS KERJA MINGGU KITAR SEMULA
 



PROJEK INTERNSHIP  
PISMP  AMBILAN JANUARI 2011
  INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEKNIK, ENSTEK

DIBAWAH KENDALIAN GURU PELATIH  
PELAJAR PISMP SAINS AMBILAN JANUARI 2011
DENGAN KERJASAMA PANITIA SAINS SK GADONG JAYA, LABU, NEGERI SEMBILAN.     



1.0         PENGENALAN

                        Kitar semula boleh ditafsirkan sebagai memproses barang-barang lama untuk     dijadikan barang-barang baru. Ini termasuklah menggunakan semula barang-barang tersebut seperti yang asal ataupun memberinya kepada orang yang boleh           menggunakannya. Barang-barang yang boleh dikitar semula ialah seperti kertas, plastik, kertas kadbod, kaca dan pakaian.

                        Oleh itu, murid-murid harus mengamalkan kitar semula. Mereka perlu tahu             mengasing dan mengenal pasti jenis sampah mengikut tong kitar semula. Mereka juga             perlu mempunyai kesedaran untuk mengekalkan kehijauan bumi ini. Kehijauan ini termasuk fauna atau hidupan lain selain flora atau tumbuhan.

2.0       MATLAMAT

            Memupuk semangat memelihara dan cintakan alam sekitar kepada murid.

3.0       OBJEKTIF
                     i.        Memberi pendedahan kepada murid mengenai kepentingan dan cara mengitar semula.
                    ii.        Menerapkan nilai-nilai murni kepada murid melalui aktiviti kitar semula.
                   iii.        Meningkatkan kesedaran kepada  murid tentang pentingnya menjaga
alam sekitar


4.0       TARIKH
            14 Julai hingga 18 Julai 2014

5.0       TEMPAT
            Tapak Perhimpunan Sekolah Kebangsaan Gadong Jaya, Labu.

6.0       AHLI JAWATANKUASA KERJA

            Penaung                               :En. Anuar B. Haji Buyong 
            Penasihat                             :En. Samsul Kamal B. Awaludin 
          Pengarah                              : Nurul Adnin Nadhirah Binti Abdul Malik
          Penolong Pengarah          :Nur Shafiah Binti Mohd Shafie
          Setiausaha                           : Nur Aliaa Ajlaa Binti Muhammad
          Bendahari                            : Farah Hazwani Bt. Hasim
          AJK Dokumentasi              :Nur Fatin Zafierah Bt. Zafri
          AJK Siaraya                         :Mohammad Hasrul HafIz B. Hamzah
          AJK Aktiviti                          :Ahmad Zhariff B. Azali


7.0       PELAN TINDAKAN
            Berikut merupakan pelan tindakan dalam projek membina sudut bercerita ;

Bil
Tarikh
Aktiviti
Tindakan
1
14 Julai 2014

·         Perkenalkan Minggu Kitar Semula
·         Perasmian Minggu Kitar Semula
·         Menyatakan aktiviti yang dijalankan.
                      i.        Pengumpulan barang kitar semula
                    ii.        Mengadakan pertandingan Reka Cipta Bahan Kitar Semula
Perasmian oleh guru besar En. Anuar B. Haji Buyong
2
15-16 Julai 2014

·         Pengumpulan barang kitar semula

Guru pelatih
3
17 Julai 2014

·         Hari terakhir pengumpulan barang kitar semula dan pertandingan Reka Cipta Bahan Kitar Semula
Guru pelatih

4
18 Julai 2014

·         Majlis penutupan Minggu Kitar Semula.
                      i.        Ceramah bertajuk ‘Kepentingan Kitar Semula’
                    ii.        Penyampaian hadiah bagi pengumpulan barang kitar semula dan Pertandingan Reka Cipta.
Ceramah disampaikan oleh wakil dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam








8.0       ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL

ITEM

UNIT


HARGA UNIT


JUMLAH UNIT

JUMLAH

1
Hamper
2buah
RM 20.00
RM20x2
RM40.00
2
Hadiah
3 buah
RM10.00
RM10x3
RM30.00
3
Plastik Hitam
4 paket
RM 5.00
RM5x4
RM20.00
TOTAL
RM 90.00


9.0       PENUTUP
            Kitar semula penting untuk kelestarian alam sekitar. Justeru usaha meningkatkan kesedaran dan keprihatian terhadap alam sekitar perlu dipupuk sejak kanak-kanak lagi.   Pendidikan tentang kepentingan kitar semula sewajarnya diterapkan kepada murid-      murid sejak dibangku sekolah rendah. Hal ini kerana pada tahap umur tersebut mereka mudah dididik dan patuh pada arahan. Sehubungan itu, sokongan dan kerjasama daripada semua pihak adalah diharapkan bagi menjayakan minggu kitar semula ini.